Duniawi…

May 2nd, 2007 by arjoe22

A month to go…

hari nie 3 hb may…esok 4 hb may..dan seterusnya…sebulan lagi aku di dunia pelajaran ke…adekah esok lusa masih ade?? insyaallah nak sambung master  lak nnt…..sebulan due to my final year presentation…minta kalian yg membaca blog aku nie mendoakan kejayaan aku…insyaallah kejayaan kita bersama…dua tiga menjak nie aku macam feeling down…takde self determination…kurang self motivation..and macam2 benda yg tak patut bermain difikiran aku menjelma…semua nie dugaan allah berikan pada aku…aku mesti kuat menghadapi ujian yang maha esa nie…sama ade aku berjaya melepasi nya atau…… minta allah berkati diriku…

semalam aku call afik and aku dah promise dia nak buat yg terbaik utk diriku dan mak abah..may allah bless me….sebulan lagi kehidupan aku akan berubah sepenuhnya…tiada lagi bergantung dgn sesiapa…mahupun keluarga atau rakan2….aku akan mulakan penghidupan yg baru…perjalanan masih jauh dan sinar kejayaan dah nampak tapi belum begitu menyerlah cahaya yg kunantikan…insyaallah aku akan bersabar menanti…pasti satu hari kejayaan milikku….

Pengalaman kehidupan  banyak mengajar aku…terasa begitu kecil diri ini bila kubandingkan dgn org lain…tapi aku tetap bersyukur pada yang esa sekurang-kurangnya aku akan tamat pengajian aku dalam mase terdekat ini..bonda fatimah kata boleh buat buku pengalaman kisah suka duka hidupku….sejarah yg takkan aku luputr dari fikiran ku..sentiasa bermain di ingatanku…

tiada sape yang tahu ape yang telah ku lalui dalam hidupku kecuali allah yang maha esa…alhamdulillah dia tetap membimbing aku …may allah lead me…aku berserah pada yang maha esa untuk tetapkan perjalanan hidup ku…memang tak semuanya indah…tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya keluar seket demi sedeket dari kehidupan ku terdahulu…doa dan kasih sayang mak abah amat ku hargai…tiada yg terbaik bagi ku selain doa dan restu dari kedua ibu bapa ku…semoga aku dapat memenuhi impian mak abah…aminn

perpisahan sering terjadi dalam kehidupan ini…anggaplah ini asam garam kehidupan…sebulan lagi aku akan berpisah dgn kehidupan di alam sekolah ku…mungkin hanya untuk sementara sebelum melanjutkan pengajianku ke masters degree….hati meronta-ronta nak pulang bermanja dgn keluargaku….semoga allah merahmati niatku…harimau mati tinggalkan nama….kepulangan ku insyaallah akan membawa seribu makna…wajah ibu bapaku sentiasa bermain dimata..sentiasa menemani langkah ku…mak abah…amin miss mak abah so much..

kepada rakan2 ku terima kasih di atas sokongan nasihat pertolongan dan sebagainya…jasa kalain amatlah kuhargai…insyaallah tidak akan ku lupa atau ku biarkan kenangan yg terindah itu…

perjalanan hidup masih lagi jauh…tidak ku tahu bila allah akan memanggil ku…ku minta di ampuni dan di berkati hidup ku…

kepada rakan yang hendak pulang ke malaysia…ku ucapkan tahniah di atas kejayaan mu…amat membanggakan..semoga allah merahmati kehidupanmu…insyaallah ikatan persahabatan yg sedia terkjalin akan terus berkekalan sampai bila-bila…cuma jgn lupa pada kenangan….doaku mengiringi kalian….

akhir kata pengubat bicara…bahasa melayu aku fail la..hehe…hentam sajelah…..hikhik…terimakasih sebab nak baca coretan aku yg sengal nie…al maklumla nak release tension…aku kena luahkan..kalau tak nnt aku sengal….tahun nie pilihanraya..jangan lupa undilah untuk negara kita yang terchintha..aku nak balik mengundi..this going to be my 1st ever experiance mengundi…mestilah undi Barisan….!!! fikirkanlah untuk anak bangsa kita kelak…salam hormat…

To all my dear fwens

January 13th, 2007 by arjoe22

assalamualikum dan selamat sejahtera kawan2…

Saya rasa masih belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru kepada kawan2 semua….hehe…semoga tahun 2007 nie membawa seribu keberkatan dan kegembiraan untuk kawan2 semua….

saje je boring2 nie…al-maklumla exam fever kan….so kena baca buku and kije keras as well…tatau ape nak tulis…currently tgh blur….ok all the best to all my dear friends…taaa

penatnyaaaa….

January 2nd, 2007 by arjoe22

adusss tgh sengal nie…penat gak seminggu yang lepas nie…the whole Dsc00594week kat london…tapi best dpt celebrate tahun baru kat sana tgk mercun…14 hb ade exam on car safety and legislation…hopefully can do well…wish me luck fwens..hehe

miss mesia so much la…esp.towards my beloved family n fwens….food tak lupa juga…arghhhhh nak balik mesia….hmmm byk mengarut dah nie…ok la nak tido dulu taaaaaaaaaaaa

Bacalah..

September 30th, 2006 by arjoe22

MINGGUAN: Pada pandangan Prof. apakah kesan langsung terhadap masyarakat Melayu Singapura hari ini akibat tindakan pemerintah republik itu meminggirkan masyarakat Melayu Apa yang saya akan katakan mungkin kasar bunyinya, takut pula nanti (awak) terlajak tulis, tetapi saya berani katakan masyarakat Melayu di Singapura tidak berani.

PROF. MOHAMMED:

Mereka bimbang rezeki mereka disekat jika bersuara. Umpamanya pendapatan mereka berbanding masyarakat Melayu di Malaysia. Contohnya secara purata mereka mendapat gaji S$2,000 dan dengan gaji sebanyak itu berbanding mata wang Malaysia tentulah mereka boleh hidup mewah.

Sebab itulah kebanyakan warga Singapura memasuki negeri ini (Johor) kerana mereka mahu berbelanja di sini. Cuma bezanya nilai mata wang mereka tinggi berbanding ringgit Malaysia.

Faktor pendapatan ini menyebabkan mereka selesa dan enggan mencari masalah… datang ke Malaysia membeli-belah kerana semua barangan yang dijual di sini murah berbanding negara sendiri.

Apa komen Prof. mengenai tuduhan kononnya masyarakat Cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan oleh pemerintah mereka?

PROF. MOHAMMED: Mengenai tuduhan Malaysia menjadikan orang-orang Cina di sini ‘pak turut’ sebenarnya Kuan Yew juga telah menjadikan orang Melayu Singapura ‘pak turut’.

Pemimpin Melayu di republik itu takut. Saya tahu kerana saya dibesarkan di Singapura selama 60 tahun. Selepas itu dipaksa balik kerana ada orang memaklumkan kepada saya supaya kembali ke Malaysia kerana kawan-kawan saya kena tangkap. Antaranya, Dr. Jali Muin dan Kapten Mat Said. Abdullah Bachumi pula melarikan diri.

Satu mesyuarat jawatankuasa bertindak orang Melayu yang dianggotai oleh 25 orang diadakan di Pasir Panjang dan saya salah seorang ahli jawatankuasa itu. Selepas mesyuarat itu, Dr. Jali dan Kapten Mat Said ditangkap dan ditahan selama dua tahun. Selepas dibebaskan, mereka jadi ‘orang baik’.

Akibatnya orang Melayu menjadi ‘pak turut’ dan tidak boleh bersuara. Tetapi mereka (pemerintah) pandai dan dalam aspek-aspek tertentu dia (pemerintah) mahu Melayu maju hanya berdasarkan kuota.

Dulu sebelum PAP berkuasa, terdapat perkampungan Melayu di Singapura. Kerajaan Perikatan (sebelum berpisah daripada Malaysia) ada wartakan dalam perlembagaan mengenai penempatan orang Melayu.

Semua masyarakat Melayu berkumpul di sana. Jadi apabila PAP berkuasa, mereka ubah perlembagaan. Pemerintah ambil tanah orang Melayu dan digantikan dengan wang pampasan.

Jadi orang Melayu diberi (tempat tinggal) rumah pangsa. Dengan itu (secara halus) kekuatan Melayu terhakis. Pemerintah melakukan ini secara terang-terang. Ketika itu orang Melayu tidak sedar… tetapi jika ada yang sedar sekalipun mereka tidak berani bersuara.

Masa itu saya bergerak tetapi secara tidak bersuara… saya kena berhati-hati… saya juga menyertai politik Singapura selama 60 tahun. Saya sertai kesatuan sekerja di Singapura ketika itu bersama-sama Lee Hsien Seong.

Adakah sebarang bentuk ancaman yang dilakukan oleh pemerintah Singapura terhadap orang Melayu

PROF. MOHAMMED: Pemerintah (Singapura) bukan mengancam tetapi menggunakan taktik ‘brain wash’ atas nama ingin melakukan sesuatu kebaikan kepada orang Melayu… umpamanya dengan memodenkan kampung-kampung tersebut.

Hakikatnya, jika kampung-kampung orang Melayu dimodenkan, wakil-wakil pemimpin Melayu ini akan kehilangan kuasa.

Selepas itu, kedudukan orang Melayu di kampung-kampung ini akan dipecah-pecahkan berdasarkan kuota.

Ketika itu, dalam sesebuah kawasan penempatan baru yang diwujudkan, 72 peratus diberikan kepada kaum Cina, 16 peratus kepada masyarakat Melayu manakala 12 peratus untuk kaum India dan lain- lain.

Keadaan ini dengan sendirinya mengakibatkan orang Melayu hilang kuasa (khususnya ketika pilihan raya) kerana tidak akan berupaya memperoleh sebarang majoriti.

Pemerintah akan memujuk orang Melayu dengan mengatakan penempatan baru yang mereka sediakan lebih baik, bersih dan sebagainya.

Pemerintah juga membuat peraturan dan mewujudkan sekolah di kawasan penempatan baru itu, dan berusaha ‘memuaskan hati’ penduduk kawasan itu.

Apakah bentuk bantahan yang dibuat oleh orang Melayu kepada pemerintah ketika itu?

PROF. MOHAMMED: Mereka tidak boleh protes. Pada mulanya orang Melayu gunakan cara lembut dengan mengutus surat dan meminta sesuatu kepada pemerintah. Bila adakan mesyuarat mereka kata baik-baik tetapi semua permintaan yang dibuat ditolak.

Yang jadi masalah kepada Singapura dan dianggap penghalang kepada kemajuan negara (ketika itu) ialah orang Melayu.

Rusuhan di Singapura pada tahun 1964, mereka mendakwa UMNO menjadi dalang. Saya ada dalam jawatankuasa bertindak Melayu dan saya nampak semua itu.

Kalau saya ke depan dan bersuara… saya akan ditahan dan dipenjarakan… dikenakan tindakan di bawah Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada pandangan Prof. bagaimana dengan pencapaian orang Melayu di Singapura sekarang?

PROF. MOHAMMED: Sekarang sudah ada orang Melayu menceburi bidang perniagaan. Pemerintah beri peluang kepada orang Melayu supaya belajar dan pekerjaan dalam bidang tertentu.

Jadi orang-orang ini diberi biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Tetapi persoalannya berapa ramai yang diberi peluang untuk menyambung pengajian? Dan apabila mereka balik ke negara, mereka ini akan berterima kasih kepada kerajaan. Mereka ini pula akan dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Malah ada yang dipilih menyertai politik untuk menyokong pemerintah.

Dalam soal pendidikan, berapa ramai orang Melayu yang lulus dan jadi peguam atau doktor? Pemerintah ada kuota. Sebagai contoh, kalau di universiti, mata pelajarannya banyak… kalau 100 orang diambil, 72 orang adalah kaum Cina, 16 Melayu dan 12 India.

Jadi 16 (budak) Melayu ini kalau nak minta jadi peguam… mereka tidak akan diterima walaupun lulus. Banyak Melayu akan dihantar menjadi guru.

Apa pandangan Prof. tentang pertubuhan Melayu di Singapura sama ada mereka benar-benar ada peranan untuk masyarakat Melayu pada masa ini.

PROF. MOHAMMED: Para pemimpin pertubuhan Melayu di Singapura sekarang ini hanya menjaga kepentingan persatuan masing-masing.

Kalau menentang sahaja mereka ini akan dikenakan tindakan. Pemerintah akan panggil dan tahan. Mereka ini (pemimpin-pemimpin pertubuhan) akan di ‘brain wash’. Apabila keluar sahaja dari tempat ditahan ini, mereka akan melepaskan jawatan yang disandang.

Saya sendiri pada tahun 1969 mempunyai persatuan rakyat. Jadi ketika itu di kampung-kampung Melayu ada wakil-wakil PAP. Ada kerjasama antara orang Melayu dengan PAP.

Nama saya dimasukkan (ke dalam persatuan itu) tetapi hanya bertahan selama enam bulan dan kemudian dikeluarkan kerana mereka bimbang saya akan timbulkan penentangan.

Pemerintah ada berkata, mana-mana ahli baru yang tidak bersetuju dengan pemerintah akan dihapuskan dengan matlamat kononnya untuk membangunkan negara.

Apakah bentuk diskriminasi terhadap orang Melayu sehingga hari ini?

PROF. MOHAMMED: Diskriminasi dilakukan oleh pemerintah membabitkan soal pelajaran dan ketenteraan selain soal keagamaan dikawal.

Saya pernah menghantar surat kepada Lee Kuan Yew meminta tolong bagi mengubah nasib orang Melayu tetapi tidak dilayan.

Apa nasihat Prof. kepada orang Melayu di Malaysia?

PROF. MOHAMMED: Oang Melayu… kalau kita bekerja, bekerjalah kerana Allah. Selain itu kita perlu berjihad, bekerja dengan ikhlas, jujur dan berintergriti. Kalau kerja tak ikhlas… orang tak suka. Selain itu kita mesti menjaga akhlak. Tegur dengan cara berhemah dan orang Melayu mesti sedia berubah.

Hidup Melayu!!!

May 11th, 2006 by arjoe22

JOHOR BAHRU 11 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengajak seluruh orang Melayu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan bagi memastikan mereka muncul sebagai kaum yang maju pada 2020.

Menurut Presiden UMNO, orang Melayu tiada pilihan lain, kecuali menjadikan inisiatif itu satu kejayaan dan pada masa itu kelak, ia akan menjadi satu lagi hadiah yang amat bermakna kepada kaum Melayu.

Katanya, jika sebelum ini Datuk Onn Jaafar menghadiahkan orang Melayu erti bekerja berpasukan, UMNO pula menghadiahkan nilai kemerdekaan kepada mereka.

“Kita ada tahun 2020 dan kita perlu menjadikan ia sebagai satu inisiatif yang perlu dicapai kerana kita mahu pada tahun 2020 ia menjadi satu lagi hadiah kepada bangsa kita.

“Jangan kita lepaskan peluang ini (Wawasan 2020) kerana kita mahu pada ketika itu negara Melayu bangsa maju, negara Malaysia negara maju,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 60,000 ahli-ahli UMNO sempena ulang tahun parti itu ke-60 di pekarangan Istana Besar Johor di sini hari ini.

Turut sama pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Timbalan Presiden UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali adalah antara yang turut menghadiri sambutan itu.

Turut serta ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam serta beberapa orang bekas menteri Kabinet.

Signifikan sambutan ulang tahun kali ini ialah ia dirayakan di tapak yang sama di mana Onn Jaafar menubuhkan parti itu 60 tahun lalu.

Perdana Menteri yang berada di sini sejak semalam untuk merayakan ulang tahun UMNO itu menegaskan, bagi tujuan tersebut, para pemimpin parti hari ini perlu menjadikan ia sebagai satu Misi Nasional.

“Kita mesti dukung ia dengan erat dengan kekuatan dan kesedaran yang penuh bahawa kita mahu menjadi bangsa yang maju pada tahun 2020.

“Mudah-mudahan para pemimpin kita ketika itu (tahun 2020) akan dapat bangun dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan berasa megah untuk mengumumkan kepada bangsa kita dan seluruh negara bahawa bangsa kita (telah) maju dan negara kita (telah) maju,” katanya sambil disahut dengan laungan `Hidup Melayu’.

Bagaimanapun, katanya, adalah amat malang dan memalukan jika ketika itu para pemimpin terpaksa bangun dan memberikan pelbagai alasan yang panjang lebar selain meminta maaf kerana apa yang diharapkan tidak terlaksana.

“Tentunya amat mengecewakan jika ketika itu ada suara-suara dari dalam UMNO sendiri yang mendesak supaya jangan diumumkan kerana (kita) belum bersedia untuk diumumkan sebagai bangsa yang maju.

“Jika ini terjadi, ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Oleh itu kita tiada pilihan kecuali memastikan kejayaan kerana ia adalah hanya pilihan yang ada,” katanya sambil disambut tepukan bergemuruh.

Abdullah berkata, beliau berharap tuhan akan memberkati sesuatu usaha yang dijalankan secara bersungguh-sungguh dan ikhlas dengan didorong oleh ilmu pengetahuan, muafakat dan kerjasama yang disokong oleh rakyat.

Katanya, seluruh perjuangan adalah ibadah dan bebaskanlah ia daripada noda seperti perbuatan rasuah, penyelewengan atau apa-apa sahaja yang boleh mencacatkan amalan (ibadah) itu yang menyebabkan ia menjadi tidak baik dan tidak memberi manfaat.

“Kita perlu bekerja keras dan berdoa kerana doa tidak akan termakbul tanpa kerja yang bersungguh-sungguh dan ikhlas.

“Apabila kita telah bekerja bersungguh-sungguh dan kemudian kita berdoa, kita perlu yakin dan bertawakal. Insya-Allah kejayaan akan menjadi hak kita,” katanya sambil menegaskan agar semua berjuang untuk masa depan bangsa yang cemerlang.

Terdahulu dalam ucapannya, Presiden UMNO itu berkata, pengasas parti itu Allahyarham Onn Jaafar telah berjaya menyatupadukan orang Melayu dari pelbagai suku, manakala pemimpin kedua parti, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra pula berjaya membawa kemerdekaan kepada bangsa dan negara.

“Allahyarham Tunku berjaya memerdekakan bangsa dan negara, dan ia adalah suatu hadiah yang amat penting,” katanya.

Abdullah berkata, presiden parti seterusnya Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir pula berjaya mengisi kemerdekaan yang dicapai itu dengan pelbagai usaha pembangunan bangsa serta negara.

“Selepas hadiah-hadiah ini, sekarang jadikanlah kejayaan kita untuk muncul sebagai bangsa dan negara yang maju pada tahun 2020 sebagai hadiah seterusnya,” kata Abdullah sambil disambut dengan laungan-laungan `Hidup Melayu’.

Menurutnya, dalam usahanya menjadikan orang Melayu sebagai bangsa yang maju pada 2020, UMNO menitikberatkan program-program pembangunan modal insan di kalangan bangsa menerusi pendidikan.

Dalam ucapan beliau yang mengambil masa kira-kira 45 minit itu, Perdana Menteri berkata, menerusi perjuangan UMNO, orang Melayu berjaya mencapai pelbagai kejayaan berbanding ketika bangsa dan negara berada di zaman penjajahan.

Beliau memberi contoh bagaimana hasil usaha penyelidik negara termasuk para saintis Melayu yang berjaya mempelbagaikan lagi hasil yang diperoleh daripada pokok kelapa sawit, sekali gus menambah kekayaan negara.

Menurutnya, kejayaan menghasilkan biofuel itu akan membantu negara menghadapi keadaan lonjakan harga minyak petrol ketika ini.

Tun..

May 10th, 2006 by arjoe22

Bagi Tun apakah signifikannya sambutan 60 tahun penubuhan UMNO kepada orang Melayu? 60 tahun ini adalah sambutan jubli intan, ia adalah satu jangka masa yang dianggap sebagai signifikan dan bermakna bagi mana-mana organisasi sekali pun.

DR. MAHATHIR:

Bagaimana Tun melihat pencapaian UMNO sepanjang tempoh tersebut?

DR. MAHATHIR: UMNO telah mencapai banyak kejayaan, UMNOlah yang mengalahkan Malayan Union, yang mencapai kemerdekaan, UMNO yang membangunkan negara dan juga telah menangani masalah kaum.

Pada umumnya, UMNO adalah sebuah parti yang berjaya.

Kalau kita perhatikan kebanyakan parti yang berjuang untuk kemerdekaan akhirnya ditolak oleh rakyat, ini berlaku kepada Parti Kongres India, kepada parti-parti di Indonesia dan di mana-mana juga. Tetapi Alhamdulillah, UMNO dapat kekal sebagai pemerintah sehingga sekarang.

Jadi bagaimana untuk memastikan UMNO terus dapat dikekalkan,tidak menjadi seperti parti-parti lain.

DR. MAHATHIR: UMNO akan kekal kalau ia selalu mengambil berat kehendak dan pandangan rakyat.

Jika kita imbas pada tahun 1946, orang Melayu mempunyai semangat juang untuk menentang Malayan Union dan kemudian menuntut kemerdekaan, jadi selepas 60 tahun bagaimana kita hendak kembalikan semula semangat itu.

DR. MAHATHIR: Semangat kalau kita perhatikan sama juga dengan parti-parti di negara lain, yang mana apabila sudah berjaya menjadi mewah maka semangat menjadi luntur dan sedikit sebanyak dia menghakis kepercayaan rakyat kepada parti itu.

Sama juga saya kata tadi, kalau kita sudah tidak ambil berat pandangan rakyat dan keperluan serta kepentingan mereka, maka sokongan kepada UMNO akan terhakis dan kita tidak boleh percaya secara automatik UMNO akan kekal selama-lamanya.

Bagaimana kita hendak membangkitkan semula semangat perjuangan yang di dalam jiwa orang Melayu ketika itu?

DR. MAHATHIR: Kita kena kepada proses pendidikan, memberi penerangan kepada rakyat khususnya orang Melayu, bukan sahaja ahli-ahli UMNO, betapa pentingnya mereka sedar bahawa semuanya tidak dapat bergolek atau melayang, semuanya perlu diusahakan. Kalau tidak usaha, mungkin kita akan dijajah semula.

Sekarang ini kita mempunyai Wawasan 2020, ada cabaran yang besar, jadi bagaimana hendak menghadapi cabaran itu?

DR. MAHATHIR: Ahli UMNO mesti tahu berfikir, menilai dan buat keputusan serta tahu gunakan parti untuk kesejahteraan rakyat dan kebaikan negara. Kalau mereka tidak tahu sebaliknya mengutamakan untuk kepentingan diri, saya rasa UMNO akan merosot.

Merosot dari segi apa?

DR. MAHATHIR: Dari segi sokongan daripada rakyat kerana kita amalkan sistem demokrasi, kalau rakyat tidak sokong kita akan kalah.

Pada mula Tun berada dalam UMNO, kemudian dibuang daripada UMNO tetapi kembali semula dalam parti sebagai seorang pemimpin. Jadi apa yang Tun mahu tunjukkan kepada ahli UMNO tentang sikap sebagai ahli parti tentang perjuangan.

DR.MAHATHIR: Saya tidak mungkin datang balik kalau orang tidak hendak kepada saya, bukan kehendak saya. Bukan kata saya hendak kemudian saya datang. Jika orang tidak hendak saya masuk balik, orang tidak akan terima.

Jadi sekali lagi saya hendak tekankan apabila kita hendak UMNO kekal, kita mesti buat perkara yang dianggap baik dari segi UMNO dan orang Melayu. Ini kerana dalam pilihan raya, orang bukan UMNO akan menentukan nasib UMNO.

Orang biasa tidak aktif dalam parti politik tetapi dalam pilihan raya, mereka yang mengundi, jadi undi mereka yang beri kelebihan untuk kita menang.

Tetapi dalam pilihan raya kalau kita buat benda yang rakyat tolak dia boleh menentukan pendirian mereka dengan tidak undi kita.

Kita hendak kalah bukan banyak, kadang-kadang kita tengok sesetengah kawasan itu kita kalah 100 undi atau 200 undi, kita kalahlah. Saya dulu kalah. Mulanya saya menang 4,000, itu pun dalam pilihan raya satu lagi. Saya kalah hampir 1,000 undi. Bermakna lari 5,000 undi tetapi sekarang ini tidak payah 5,000 undi, 200 atau 300 undi sahaja kita boleh kalah.

Apakah peristiwa-peristiwa sepanjang 60 tahun ini yang hampir menjejaskan UMNO?

DR. MAHATHIR: Pada 1969 apabila kita tidak faham perasaan rakyat, kekecewaan mereka berkenaan kedudukan tidak seimbang antara kaum. Fasal 1999 iaitu bila rakyat berpendapat bahawa kononnya UMNO tidak bertimbang rasa.

Pada 1987, parti Semangat 46, hendak tempat, bila tidak ada tempat sanggup jadi parti serpihan. Pada 1998 apabila sekali lagi parti serpihan yang berlaku, ini semua peristiwa yang boleh menghancurkan UMNO kalau ia tidak ditangani dengan baik.

Jadi UMNO memerlukan pemimpin yang mampu menangani segala konflik atau masalah dalaman bagi memastikan ia terus kekal.

DR. MAHATHIR: Pertama, kita kena jaga parti, satu lagi kena jaga rakyat termasuk yang bukan Melayu. UMNO kena ingat orang bukan Melayu pun main peranan juga.

Jadi kita kena jaga macam mana kita menangani UMNO, bagaimana kita menangani orang Melayu dan bagaimana kita mengendalikan rakyat keseluruhannya termasuk bukan Melayu.

Apakah perbezaan mentaliti orang UMNO dahulu dan sekarang?

DR. MAHATHIR: Dulu saya masih ingat apabila kita cadangkan seseorang itu jadi calon dalam pilihan raya, dia kata dia tidak layak jadi calon.

Tetapi sekarang ini yang tidak layak itu sanggup berebut hendak jadi calon sampai sanggup guna duit.

Bukan hendak jadi calon untuk berkhidmat kepada negara atau bangsa, sebaliknya hendak kepada gelaran jadi Yang Berhormat dan dapat elaun. Bila dapat, ramai yang tidak mahu lepas jawatan. Hendak duduk di situ sampai mati.

Ramaikah orang yang macam itu?

DR. MAHATHIR: Ramai…payah. Masa saya dulu, kita angkat orang jadi Senator, lepas itu ingat cukuplah, bagi peluang kepada orang lain pula.

Orang tidak hendak lepaskan. Mereka kata kena terus jadi Senator, kalau tidak susahlah mereka. Oleh kerana itu, saya terpaksa buat peraturan boleh jadi Senator setakat dua penggal sahaja.

Satu penggal ada tiga tahun, lepas dua penggal iaitu enam tahun, mesti berhenti. Baru boleh kita beri peluang kepada orang lain.

Kalau tidak ada peraturan itu, tidak ada seorang pun yang kata dia patut berhenti. Semua kata mesti terus jadi Senator, anak dia kena jaga, status dia kena jaga, duit tidak ada, macam-macamlah alasan.

UMNO adalah parti yang membawa kemerdekaan, tetapi sampai bila kita hendak guna hujah itu untuk mendapat sokongan sedangkan ada parti lain yang mendakwa lebih relevan?

DR. MAHATHIR: Itulah kita kadang- kadang kena fikir. Kata kita berjuang dalam UMNO untuk UMNO. Itu tidak kena kerana UMNO adalah alat orang Melayu untuk berjuang bagi kebaikan orang Melayu.

Kalau UMNO sudah jadi sebuah parti untuk dirinya semata-mata. Untuk kekalkan dirinya tanpa mengambil kira masalah atau kepentingan orang Melayu, pada masa itu UMNO mungkin jadi tidak relevan.

Pada masa itu, kita tidak akan dapat sokongan daripada orang yang bukan ahli UMNO.

Hanya tinggal 14 tahun lagi untuk sampai kepada matlamat negara maju pada 2020. Jadi cabaran UMNO semakin getir untuk memastikan orang Melayu pun maju pada waktu itu.

Adakah UMNO mampu mencapainya?

DR. MAHATHIR: Sedikit sebanyak dari segi kemajuan orang Melayu kita berjaya juga. Hari ini orang Melayu terkenal di dunia sebagai bangsa yang berjaya. Bahkan kalau pergi mana-mana pun orang tahu Malaysia. Dulu orang tidak tahu langsung Malaysia di mana.

Sekarang ini, apabila mereka tahu rakyat Malaysia, mereka datang untuk minta nasihat daripada kita. Mereka mendapatkan pakar-pakar kita bekerja di luar negara.

Ini tidak berlaku pada masa dulu, orang Melayu dianggap orang yang kolot dan tidak ada kebolehan. Tetapi sekarang ini berkat perjuangan UMNO, orang Melayu sudah mencapai satu tahap yang lebih baik.

Tetapi ini bukan dengan sendirinya boleh kekal. Ia harus diusahakan. Kalau kita hendak menjaga maruah kita, maka kita kena tunjuk kebolehan kita.

Sekarang ini ada orang Melayu di luar negara yang tidak mahu pulang ke tanah air. Jadi bagaimana sumbangan mereka ini?

DR. MAHATHIR: Itu kehakisan dari segi nilai hidup. Ia mesti berlaku dalam masyarakat. Kita kata orang Melayu yang tidak hendak balik kerana mereka pandang mereka lebih untung duduk di luar negara.

Tetapi ada juga orang Melayu yang duduk dalam negara tetapi sudah lupa tentang komitmen dia kepada orang Melayu.

Kalau hendak marah kepada Melayu yang duduk di luar pun tidak boleh juga kerana apa yang ada dalam negeri tetapi utamakan diri sendiri, orang ini sama juga yang tidak balik itu.

Tetapi orang ini juga gunakan UMNO untuk capai matlamat mereka?

DR. MAHATHIR: Yang dalam dan luar, semua guna UMNO. Kalau tidak sebab UMNO, mereka tidak dapat. Malah kadang-kadang dia dapat terus melalui UMNO.

Orang lain itu dapat hasil daripada perjuangan UMNO. Umpamanya kita keluarkan biasiswa, dia gunakan biasiswa itu. Tetapi kita ada dalam parti dan kita utamakan untuk dapat jadi YB. maka lebih kurang sama sahaja.

Orang lain sekurang-kurangnya tidak naik melalui tangga parti. Tetapi ini pakai tangga parti lepas itu tolak tangga.

Akhir sekali apa-apa nasihat Tun kepada ahli-ahli UMNO?

DR. MAHATHIR: Sayanglah kepada UMNO. Kita dapat banyak nikmat daripada UMNO kalau tidak kerana UMNO kita tidak ada di sini, Janganlah fikir tentang diri saja.

UMNO 60 Years…

May 10th, 2006 by arjoe22

JOHOR BAHRU 10 Mei - Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-60 di Istana Besar di sini esok, membawa makna tersendiri dalam mengukuhkan semangat, maruah dan amanah parti yang telah menunjangi perjuangan orang Melayu.

Perhimpunan yang bakal disertai oleh 60,000 ahli dari seluruh negara itu turut mencatat sejarah sebagai yang terbesar sepanjang usia parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam wawancara khas dengan Utusan Malaysia sempena sambutan itu berkata, dalam memperjuangkan kekuatan bangsa, UMNO sentiasa memilih untuk menggunakan pendekatan harmoni.

Oleh itu, katanya pendekatan UMNO sentiasa mengutamakan kebijaksanaan fikiran, bukan dengan cara berlawan `lengan siapa lebih keras’.

“Inilah cara UMNO. Ahli-ahli UMNO tidak pernah rasa rendah diri dengan pendekatan ini. Sebaliknya inilah cara kita - kekuatan kita. Saya yakin, dengan pendekatan politik UMNO, semangat ini akan terus diamalkan di masa akan depan,” katanya.

Ditanya apakah perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO untuk terus maju, Abdullah berkata:

“UMNO mesti berubah secara berterusan dari segi cara kerja - kerja kuat dengan cara betul. Namun demikian, oleh kerana UMNO dianggotai oleh majoritinya orang Islam, maka satu lagi elemen yang mesti ditambah ialah nawaitunya. Niat kita mesti lurus dan betul.”

Pemilihan Istana Besar sebagai lokasi sambutan juga menepati titah Sultan Johor bahawa UMNO bukan lahir di tepi jalan tetapi di istana.

Perhimpunan ini akan turut dihadiri bekas presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Abdullah dijangka memukul gendang besar sebagai tanda bermulanya sambutan ulang tahun berkenaan.

Gendang berkenaan kali kedua digunakan selepas sambutan ulang tahun ke-40 UMNO diadakan di istana ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pemilihan Istana Besar sebagai lokasi sambutan ulang tahun kali ini amat signifikan kerana di istana itulah tertubuhnya UMNO.

Dalam temu bual khas bersama Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, beliau yang juga Menteri Besar Johor memberitahu walaupun ini merupakan kali ketiga sambutan diadakan di situ, cara dan semangatnya berbeza mengikut perubahan zaman.

“Enam puluh tahun lalu ahli-ahli datang ke Johor Bahru dengan rela dan sanggup menyerahkan jiwa raga, kesetiaan dan harapan kepada UMNO.

“Ini adalah amanah orang Melayu dan UMNO menerima amanah ini untuk membela dan memperjuangkan umat Melayu.

“Hari ini dalam keadaan UMNO berkuasa dan kuat, ahli-ahli berkumpul dalam keinsafan dan kesedaran untuk terus menjaga dan memelihara amanah yang telah diserahkan 60 tahun lalu,” katanya.

Justeru menurut beliau, persiapan sambutan kali ini dilakukan dengan teliti bagi memastikan tarikh keramat dalam diari UMNO itu terus diraikan dengan penuh gemilang.

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dijadual tiba di pekarangan istana kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum menandatangani plak ulang tahun ke-60 parti itu.

Beberapa pemimpin veteran yang pernah bersama-sama pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar ketika penubuhan parti itu juga dijadual hadir.

“Walaupun ada kalangan mereka sudah uzur tetapi masih bersemangat untuk menghadiri sambutan itu bagi mengenang detik sejarah penubuhan UMNO di istana ini,” kata Abdul Ghani.

The one n only one…1st time lah…

January 17th, 2006 by arjoe22

hey…1st time tulis blog nih…ish2..sessi luahan perasaan..exam ade 7 hari lagi…so kena lah baca buku sekolah ape2 yg patut..kepada kawan2 yg nak exam kat uk nih…saya ucapkan selamat study n selamat jwb exam…kalau tak pat jawab…hentam je ape2…atau pun salin soalan tu balik n soal balik lecturer tu…hehe mesti dia pening nak jwb n tanda nnt ahahah….joking lol…

buat kawan2 kat mesia yg tgh kerja tu…kerjalah sebaik mungkin…kerja kuat2 naik gaji or dapat bonus nnt jgn lupa wa…hehe…..

pada yg nak berumah tangga tu…saya doakan berkekalan ke anak cucu..n happy always…jgn lupa jemput aaa…

pada yg tgh mengelamun chintha tu…cepat2 la plan ape2 yg patut…kang melepas duk nangeh tepi tangga cam org bodo…hikhik

pada yg tgh mencari tu…maintain je cool cam saye…walaupun di reject 14 kali….tetap maintain cool heheh….(pengakuan berani nih)..ilek la nnt ade la org yg allah dah tetapkan…so no worries yea…laki2 takpe buang misai tu seket dah nampak awet muda…ahahha gurau aje!!…susah gak nak jumpa yg sesuai..yg seksi-seksa byk la…yg kita nak..mereka tak nak…yg kita macam tak nak, depa nak…yg malu2 nak pun ade…yg tak malu nak pun ade…ahaha rumusan dia mari kita berkhidmat utk negara dan ayah bonda lagi baik…….kenalah cekal hati tu ye…hehe….ala biaselah nih adat berkawan….

yg nak berlumba tu …selamat berlumba…jgn jd mat rempit haram tuh……jd lah mat rempit yg terbilang dan gemilang..race kat track la woi…hang kata hang terra….so apelagi…!! kalau berminat utk test power dgn saya ok gak…august nih kita leh test power..saje je suke2…saya pun dah lama nak lepas gian berlumbe nih..tapi dgn syarat kat track la….zaman kl menjerit or pontian menjerit dah abess da…hehe dah tua dah nih…

yg kuat makan tu….jaga makan seket…nnt gemuk sgt susah gak(esp abg ku BONO)…takut byk penyakit…yg kurus kedengking tu…makan lah byk2 takpun pi spitall ka tanya dietition….kang angin tiup pun hang melayang sekali..

kepada mat2 sport…bersukanlah demi bangsa dan negara…contohilah nicole david….

aaaa last but not least….Kepada ahli2 politician tu….man2 la….cukup2 la dgn propaganda yg hang reka sendiri…..Marilah kita menaikkan martabat bangsa kita bukan memecah belahkan bangsa sendiri….syukurla dgn kelebihan yg allah kasi tu…pikirlah demi anak bangsa akan dtg…mmg la ade kepentingan utk diri sendiri…tapi jgn lupa anak bangsa kita…..satu hari nnt hang duk jd org tua gak…dunia bukan segala2nye….tapi kalau takde org cam hangpa susah gak…habislah bangsa kita..cume cara hang memperjuangkan nasib bangsa tu perlulah ade anjakan paradigma!! jgn lah duk salahkan org aje…kita sama2 wat improvement…esp kepada isu GPMS….hangpa yg duk gado2 tu kenapa?…wat malu ja…kata golongan bijak pandai…tapi hampeh!!….kami yg muda2 nih duk prati ja dgn gelagat hangpa…melayu2….Our beloved Prime Minister dah kata praktikkan islam hadhari….and our deputy prime minister kata melayu kena jadi masyarakat yg glokal….so fahamkanlah saranan mereka tu…ade la kebaikkan demi mase depan kita…..marilah kita renungkan bersama nasib bangsa kita…jgn fikir kepentingan diri sendiri aje….bangsa kita dah agak ketinggalan sedikit namun tak kurang hebat juga dgn pencapaian kita…kita mesti terus maju demi anak bangsa kita kelak…..Cuba fikirkan kenapa PakLah menitik beratkan D.E.B dan islam hadhari….fikirkanlah secara mendalam….

Kepada golongan pembangkang tu…tak salah hangpa jd pembangkang…hak masing2..tanpa hangpa..tak boleh juga…takde lah namanya malaysia negara yg demokrasi…cume hangpa tu jgn la terlalu extremist sgt….fikirlah sblm membentangkan sesuatu isu tu…jgn menunding jari aje…cakap biar la berlapis…anak2 muda duk prati n dengaq ja hangpa bercherita…tunjukkanlah teladan yg baik pada depa…kalau hangpa kata mission hangpa utk anak bangsa buktikanlah!!! tapi biar dgn cara dan jalan yg betul….hangpa kuat agama tapi kalau fitnah tu apa hukum dia? hang mengata org tu apa hukum dia? baik hang berkata benda yg betul utk membina bangsa islam kita…biar bangsa islam kita maju sejajar dgn bangsa2 lain…depa tu kat luaq duk pandang sebelah mata ja….saje cari masalah dgn kita…takpa…bykkan bersabar n berdoa no…jgn memecahbelahkan bangsa sendiri…

Kepada Ahlil nujum eh silap…ahli perniagaan tu..teruskanlah usaha anda tapi jgn terlalu kabur mata dgn wang ringgit…duit bukan segala-galanye.jgn lupa bersedekah pada anak2 yatim dan kepada golongan yg memerlukan.hang duit byk mana pun belum tentu hang hidup gembira…hang boleh beli itu ini…betul..tu mmg betul…tapi hang jgn lupa golongan yg susah tu….org yg kerja dgn hang…kalau hang buat amal jariah mesti depa doakan kesejahteraan hangpa…contohilah Syed mokhtar albukhari kita….dia tak byk cite n dia tau ape dia buat….jadi marilah kita bersama2 renungkan nasib bangsa kita…kita usaha ..doa dan tawakkal insyaallah Allah beri laluan nanti.Kalau tak macam tu…dia bagi macam ni….ade la hikmah disebalik kejadian tu.oklahnak jadi ustaz pulak…sampai disini diharap kita akan berjumpa lagi dilain masa dan tempat yg sama la……..salam sayang dari saya…The Boy Racer!~!