Archive for May, 2007

sape yg nak jadi ayah dan mak tu…baca nih…hikhik

Sunday, May 20th, 2007

KEPALA BATAS 20 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menurunkan petua tersendiri kepada golongan ibu bapa dalam mendidik anak- anak yang masih kecil supaya tidak terlalu menyekat anak-anak dengan pelbagai pantang larang yang dikhuatiri merencatkan proses pembesaran semula jadi kanak-kanak.

Sambil menyuarakan kebimbangan mengenai sikap sesetengah ibu bapa itu, Perdana Menteri berkata, anak-anak tidak perlu dihalang melakukan perkara yang mereka gemari seperti bermain di tempat yang mereka suka memandangkan ia adalah sebahagian daripada proses untuk mereka belajar mengenai kehidupan.

Oleh itu, katanya, kerajaan menyokong program Setiap Anak Permata Negara (Per- mata) yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pendidikan serta pembinaan sahsiah, kesuburan akal dan fikiran serta naluri kanak-kanak.

Beliau mahu program itu diperjelaskan kepada ibu bapa supaya matlamat pendidikan Permata dapat dicapai.

‘‘Dalam program ini, kaedah pendidikannya baik dalam semua aspek tetapi bila anak-anak pulang ke rumah, ibu bapa menghalang perkembangan minda mereka dengan pelbagai pantang larang. Ini bercanggah dengan sifat kanak-kanak yang ingin tahu dan mencuba,” kata Abdullah ketika melancarkan Permata Kepala Batas di Kubang Menerong di sini.

Katanya: “Jangan jerkah atau tengking anak-anak apabila mereka bertanya atau melakukan kesalahan. Ikutlah cara yang disarankan Islam iaitu dengan menggunakan cara berhemah dan penuh kasih sayang apabila menegur anak-anak.

‘‘Ibu bapa janganlah banyak sangat pantang larang, kata itu tidak boleh, ini tidak boleh. Biasalah anak-anak mempunyai perasaan ingin ambil tahu dan kita janganlah jadi penghalang.”

Perdana Menteri berkata, walaupun anak- anak mempelajari banyak program pendidikan di pusat asuhan atau di sekolah, te- tapi cara mereka berfikir banyak dipengaruhi oleh suasana dan persekitaran bersama keluarga dan rakan-rakan.

Beliau turut mengimbau kenangan anaknya, Datuk Kamaluddin sewaktu masih kecil dan berlari menangkap belalang di sawah ketika dibawa oleh bekas Setiausaha Politiknya, Allahyarham Datuk Abdul Fatah Abdullah sehingga ditegur isterinya, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.

‘‘Allahyarham Fatah jawab, macam inilah saya membesar dengan Lah (Abdullah), macam inilah kehidupan kami sewaktu saya membesar.

‘‘Beginilah cara hidup orang kampung, tempat yang mengajar orang miskin untuk hidup, menghadapi segala kesukaran. Bagi budak-budak, mereka tidak memahaminya sekarang tetapi akan memahaminya suatu hari nanti.

‘‘Jadi peranan ibu bapa amat penting. Ayah yang tegur anak pun mesti melakukan dengan cara hormat, penuh kasih sa- yang, bukan dengan menengking atau menjerkah,” jelasnya.

Abdullah juga berkata, kanak-kanak di luar bandar perlu diberi peluang mendapat pendidikan awal yang berkualiti bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja bijak dalam bidang akademik, malah mempunyai sahsiah yang tinggi.

Bagi Perdana Menteri, segala peluang pendidikan yang terdapat di bandar perlu dibawa ke kawasan luar bandar bagi memastikan kanak-kanak di kawasan desa tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

‘‘Otak kanak-kanak di luar bandar bukannya kurang baik, cuma mereka perlu diberi peluang mendapat pendidikan yang baik.

‘‘Saya percaya jika anak-anak (di desa) diberikan pendidikan yang baik, insya-Allah mereka akan menjadi anak muda yang baik dan menjadi sebahagian daripada tenaga bangsa dan modal insan negara,” katanya.

Menurutnya, walaupun mempunyai program pendidikan kanak-kanak yang dirangka dengan baik, Permata tidak akan berjaya tanpa sokongan ibu bapa yang merupakan guru pertama kepada kanak- kanak.

Abdullah berkata, sikap, perbuatan dan tutur kata ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak.

UMNO PUSAKA BANGSA….61 years UMNO

Saturday, May 12th, 2007

KUALA LUMPUR 11 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu orang Melayu sentiasa berjuang mempertahankan UMNO bagi memastikan parti itu terus memimpin kerajaan ‘100 tahun lagi’. Dalam amanatnya sempena ulang tahun ke-61 UMNO hari ini, Presiden UMNO itu turut menggariskan ciri-ciri yang harus ada dalam UMNO untuk menentukan parti itu terus utuh dan unggul memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), antaranya ahli-ahli parti yang kini telah menjadi Melayu moden dan glokal perlu bersikap ikhlas dalam perjuangan. Beliau meminta ahli-ahli UMNO bergerak aktif dalam politik dengan komitmen bahawa perjuangan itu satu ibadat. ‘‘Saya harap pada masa 100 tahun kita merdeka, UMNO masih ada, masih kuat, masih memimpin dan masih ada dalam kerajaan bersama-sama parti komponen BN yang lain kerana agenda membangunkan bangsa dan negara belum selesai,’’ kata Perdana Menteri ketika berucap selama sejam pada majlis khas yang dihadiri kira-kira 5,000 ahli parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Turut hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, naib-naib presiden, ahli Majlis Tertinggi parti, tokoh-tokoh veteran dan para pemimpin parti komponen BN. Majlis itu yang diraikan secara sederhana memberi penekanan khusus kepada aspek pengorbanan dan mengimbau semula detik-detik bersejarah kelahiran UMNO yang ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru oleh Datuk Onn Jaafar pada 11 Mei 1946. Dalam ucapannya, Abdullah menegaskan, generasi yang memimpin UMNO sekarang perlu memelihara kekuatan sedia ada bagi menentukan pewaris akan datang dapat meneruskan perjuangan parti itu membela nasib bangsa, agama dan negara. ‘‘UMNO adalah pusaka bangsa yang tidak boleh diabaikan. Adalah menjadi kewajipan kita menentukan generasi yang mengambil alih UMNO hendaklah mewarisi UMNO yang kuat, teguh dan berjaya. ‘‘Ia merupakan sebuah parti keramat yang diwarisi daripada perjuangan bangsa Melayu ketika menuntut kemerdekaan negara. Kita harap UMNO tidak terkorban pada mana-mana masa di bawah kepimpinan generasi mana juga,” tegasnya. Menurut Abdullah, dengan mengamalkan semua ciri yang digariskan itu UMNO akan terus wujud dan menjadi landasan perjuangan orang Melayu. ‘‘Alhamdulillah parti kita masih ada dan UMNO tetap menjadi landasan perjuangan kita. Insya-Allah selama-lamanya, selagi ada bulan dan bintang, selagi ada negara kita ini di mana buminya kita pijak di mana langitnya kita junjung dan selagi ada bangsa Melayu,” ujar beliau. Perdana Menteri tidak mahu ahli-ahli parti itu menjadikan amalan ‘meminta elaun’ sebagai budaya setiap kali dikehendaki melaksanakan sesuatu tugas. Sambil menceritakan bagaimana UMNO diasaskan oleh para pemimpin yang telah melakukan begitu banyak pengorbanan, beliau berharap dalam tempoh 50 tahun akan datang, ahli-ahli parti itu masih berpegang pada sikap sanggup berkorban apa saja. ‘‘Ada ahli yang datang dari negeri yang jauh hendak menghadiri kursus, itu kita menyedarinya. Mereka perlu dibantu, tapi (orang) yang kerjanya selalu minta itu dan ini, tak bolehlah. “Buat sesuatu sikit, minta duit, sampai nak bantu naikkan poster pun mesti bagi duit, mana boleh macam itu,” katanya. Abdullah turut menekankan agar perpaduan di kalangan ahli-ahli parti diperkukuhkan manakala semangat persaudaraan dan kekeluargaan harus diwujudkan seperti yang ditunjukkan oleh ahli-ahli veteran UMNO. ‘‘Sekarang mana pernah (kita) dengar (ungkapan) keluarga UMNO, mana ada semangat kekeluargaan parti. Tak pernah, saya tak pernah dengar lagi,” katanya. Beliau menggesa ahli-ahli UMNO mengembalikan semangat lama itu yang telah menjadikan UMNO sebuah parti politik yang hebat. Abdullah juga melahirkan kegembiraan kerana kesepakatan antara parti-parti komponen BN yang ditunjangi UMNO kini semakin kuat sejak penubuhan Perikatan oleh para pemimpin terdahulu. ‘‘Kita amat hargai kesepakatan yang terjalin sejak zaman Perikatan sehingga ke BN sekarang sungguhpun banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam mempertahankan kesepakatan itu,” ujarnya.

Before marriage. .

Friday, May 11th, 2007

Before marriage. .
Darling here.. darling there…
After marriage.
Baling here… baling there..

Before marriage. .
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married. .
You die I help you!

Before marriage. .
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. . .
You go anywhere. . up to you.
Lagi lama married. . .
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like
Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like
it or
not,
I’m
stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get
on
my
head, I
will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to
Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don’t know whether katak or biawak

Duniawi…

Wednesday, May 2nd, 2007

A month to go…

hari nie 3 hb may…esok 4 hb may..dan seterusnya…sebulan lagi aku di dunia pelajaran ke…adekah esok lusa masih ade?? insyaallah nak sambung master  lak nnt…..sebulan due to my final year presentation…minta kalian yg membaca blog aku nie mendoakan kejayaan aku…insyaallah kejayaan kita bersama…dua tiga menjak nie aku macam feeling down…takde self determination…kurang self motivation..and macam2 benda yg tak patut bermain difikiran aku menjelma…semua nie dugaan allah berikan pada aku…aku mesti kuat menghadapi ujian yang maha esa nie…sama ade aku berjaya melepasi nya atau…… minta allah berkati diriku…

semalam aku call afik and aku dah promise dia nak buat yg terbaik utk diriku dan mak abah..may allah bless me….sebulan lagi kehidupan aku akan berubah sepenuhnya…tiada lagi bergantung dgn sesiapa…mahupun keluarga atau rakan2….aku akan mulakan penghidupan yg baru…perjalanan masih jauh dan sinar kejayaan dah nampak tapi belum begitu menyerlah cahaya yg kunantikan…insyaallah aku akan bersabar menanti…pasti satu hari kejayaan milikku….

Pengalaman kehidupan  banyak mengajar aku…terasa begitu kecil diri ini bila kubandingkan dgn org lain…tapi aku tetap bersyukur pada yang esa sekurang-kurangnya aku akan tamat pengajian aku dalam mase terdekat ini..bonda fatimah kata boleh buat buku pengalaman kisah suka duka hidupku….sejarah yg takkan aku luputr dari fikiran ku..sentiasa bermain di ingatanku…

tiada sape yang tahu ape yang telah ku lalui dalam hidupku kecuali allah yang maha esa…alhamdulillah dia tetap membimbing aku …may allah lead me…aku berserah pada yang maha esa untuk tetapkan perjalanan hidup ku…memang tak semuanya indah…tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya keluar seket demi sedeket dari kehidupan ku terdahulu…doa dan kasih sayang mak abah amat ku hargai…tiada yg terbaik bagi ku selain doa dan restu dari kedua ibu bapa ku…semoga aku dapat memenuhi impian mak abah…aminn

perpisahan sering terjadi dalam kehidupan ini…anggaplah ini asam garam kehidupan…sebulan lagi aku akan berpisah dgn kehidupan di alam sekolah ku…mungkin hanya untuk sementara sebelum melanjutkan pengajianku ke masters degree….hati meronta-ronta nak pulang bermanja dgn keluargaku….semoga allah merahmati niatku…harimau mati tinggalkan nama….kepulangan ku insyaallah akan membawa seribu makna…wajah ibu bapaku sentiasa bermain dimata..sentiasa menemani langkah ku…mak abah…amin miss mak abah so much..

kepada rakan2 ku terima kasih di atas sokongan nasihat pertolongan dan sebagainya…jasa kalain amatlah kuhargai…insyaallah tidak akan ku lupa atau ku biarkan kenangan yg terindah itu…

perjalanan hidup masih lagi jauh…tidak ku tahu bila allah akan memanggil ku…ku minta di ampuni dan di berkati hidup ku…

kepada rakan yang hendak pulang ke malaysia…ku ucapkan tahniah di atas kejayaan mu…amat membanggakan..semoga allah merahmati kehidupanmu…insyaallah ikatan persahabatan yg sedia terkjalin akan terus berkekalan sampai bila-bila…cuma jgn lupa pada kenangan….doaku mengiringi kalian….

akhir kata pengubat bicara…bahasa melayu aku fail la..hehe…hentam sajelah…..hikhik…terimakasih sebab nak baca coretan aku yg sengal nie…al maklumla nak release tension…aku kena luahkan..kalau tak nnt aku sengal….tahun nie pilihanraya..jangan lupa undilah untuk negara kita yang terchintha..aku nak balik mengundi..this going to be my 1st ever experiance mengundi…mestilah undi Barisan….!!! fikirkanlah untuk anak bangsa kita kelak…salam hormat…