Tahniah Tan Sri..

January 11th, 2008 by arjoe22

PUTRAJAYA 10 Jan. – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang
diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati
pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan
separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang
berkemampuan.

Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu
bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika
tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya
mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan
diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya
keinsafan.

‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus
diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa
lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada
orang ramai terutama pelajaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429
Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan
Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang
disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.

Perniagaan

Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang
berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera
terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana
dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini
terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan,
logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam
serta kewangan.

Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai
sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal
yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan
Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara
langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina
semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan
dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital
AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis
program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.

Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang
daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang
diterimanya itu kepada ibunya.

‘‘Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia
kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,” katanya.

 

Kejayaan

Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan
kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan,
beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu
adalah Allah.

‘‘Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari
esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan
dan kesakitan.

‘‘Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.

‘‘Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui
bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui
proses pahit maungnya dahulu,” katanya.

Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan
untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan
selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak
sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini
berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat
peluang pelajaran.

‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.

‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat
peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada
mereka yang tidak mampu,” katanya.

Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan
pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang
berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak
yatim dan sekolah.

Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat
Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini
telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun
lalu.

Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa
Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat
pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung
pelajaran.

‘‘Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita
gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.

Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti
kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di
luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk
menyambung pelajaran di sini.

Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara
minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.

Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari
segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan
pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid
Negara di ibu negara.

‘‘Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya
‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam,
saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap… macam
mana boleh macam ini,” katanya.

PAU 2007

November 30th, 2007 by arjoe22
UMNO General Assembly: Punish those who incite racial hatred

Norhamizah Mat Tahir says racial issues are a threat to the country’s unity and stability
Norhamizah Mat Tahir says racial issues are a threat to the country’s unity and stability

FOR the past two days, Umno delegates have voiced their concerns on many issues, with an insistence that Malay privileges should not be questioned by others.

Puteri Umno delegate Norha- mizah Mat Tahir demanded that action be taken against those who inflame racial sentiments.

In debating the president’s speech on Wednesday, she said the young women’s wing advocated that punishment be meted out to those who played up racial issues, including from the Barisan Nasional component parties.

"These racial issues are a threat to the country’s unity and stability by stoking the fires of hatred and anger. This could destroy everything we have worked for.

"We urge the president to take harsh action against them. Puteri will support any punitive action taken against such groups or individuals," she said to applause from some 2,500 delegates.
Selangor Umno representative Datuk Ahmad Furis Mohd Nor, referring to the demolition of a temple in Shah Alam recently, said the authorities in Selangor had also taken action against the construction of illegal surau.

He said approvals had also been obtained to build surau but they were not built in the name of unity.

"We in Umno want our non-Umno friends to have better understanding of inter-racial ties and be more sensitive for the sake of unity."

Sharing Ahmad Furis’s views, Wanita Umno exco member Datuk Kamalia Ibrahim said specific regulations should be outlined to put a stop to the construction of illegal places of worship.

"We in Wanita want to warn certain quarters not to play with fire. Legal matters should not be turned into racial issues or conflicts. Bear in mind that Umno has sacrificed many of its seats for its non-Umno friends," she said.

Perak delegate Datuk Hasbullah Osman said Umno had never compromised efforts to uphold unity.

"Umno at times is afraid of the possibility that unity may be compromised in this country. Within Umno itself, it sometimes experiences situations that shake its unity.

"Now, our rakyat can openly talk about power-sharing and why don’t we bring it a step further and talk about sharing the country’s wealth?" he said.

Umno speakers also brought up issues such as:

- Religion:

Negri Sembilan delegate Datuk Ismail Lasim said Islam Hadhari should be introduced in schools either as a module or separate subject.

"Islam Hadhari is the answer to human capital development," he said.

- Malay attitudes:

"It is sad that in an era when education is a priority, some parents would rather spend their bonuses on improving their lifestyles while hoping for all sorts of funds for their children’s college fees," said Kedah delegate Datuk Azimi Daim.

- Civil servants:

"Civil servants who are unwilling to perform should resign. They are a burden to the government," said Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, a Pahang delegate

- Bloggers:

"We are aware of the lies being spread about our party and the country’s leadership by certain bloggers. Our club would like to propose that the party form our own network of bloggers to counter such slander," said Aminuddin Abdul Nasir, an Overseas Umno Club representative

-Federal Constitution:

"We must not be selective in choosing to protect particular elements of the Constitution based only on one’s preference," said Senator Dr Mohd Puad Zarkashi, a Johor delegate.

Dirgahayu Malaysia

August 31st, 2007 by arjoe22

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Detik menjelang 50 tahun kemerdekaan Malaysia malam ini disambut dengan penuh gilang-gemilang melambangkan semangat patriotik yang tidak pernah padam dalam hati segenap lapisan rakyat.

Dataran Merdeka di sini, seperti juga malam menjelang 31 Ogos 1957 lima puluh tahun lalu, terus menjadi saksi keteguhan rakyat Malaysia untuk bersatu mempertahankan kemerdekaan dengan jiwa dan raga mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengetuai upacara sambutan itu turut melaungkan kata-kata keramat ‘Merdeka’ selepas pukul 12 malam.

Laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali yang diucapkannya dalam nada bersemangat seperti yang dilakukan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lima dekad lalu disambut dengan sahutan bergemuruh lebih 50,000 warga kota yang membanjiri Dataran Merdeka.

Perdana Menteri dalam ucapan ringkasnya mengingatkan generasi muda supaya mempertahankan kemerdekaan tanpa membenarkan sesiapa pun mencerobohi negara ini.

Beliau meminta mereka berusaha mencapai kecemerlangan dan melakar kegemilangan bagi memastikan Malaysia terbilang.

Katanya, rakyat Malaysia harus memastikan bahawa sekali merdeka, selama-lamanya mereka merdeka; sekali maju, selama-lamanya maju dan berjaya.

Dalam ucapan itu, Abdullah mahu rakyat Malaysia bersyukur atas rekod pencapaian lima puluh tahun Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat, aman, makmur, bersatu dan dihormati.

Menurut beliau, tugas mengisi kemerdekaan belum selesai dan rakyat perlu berjuang menjadikan negara ini lebih tinggi martabatnya.

Sambil meminta rakyat menjaga perpaduan antara kaum, beliau menggesa seluruh usaha ditumpukan untuk menambah nilai diri, bangsa dan negara.

“Adalah penting kita menambah nilai kepada apa yang telah diperoleh oleh para pemimpin yang mendahului kita,” kata Abdullah.

Persembahan kebudayaan dan pertunjukan cahaya menyerikan Ambang Merdeka kali ini. Orang ramai dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu oleh Mawi, Roy, Kenny Lee, Andre Goh, Bob dan Kogi.

Sambutan Ambang Merdeka itu secara simbolik memperingati semula perjuangan parti UMNO, MCA dan MIC mendapatkan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu serta para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim turut berucap pada majlis itu.

Teguhkan Perpaduan!!!

August 30th, 2007 by arjoe22

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat Malaysia terus berpegang teguh kepada semangat perpaduan yang menjadi kunci kepada kejayaan negara dari dahulu hingga sekarang.

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama mesti terus bersatu tanpa memberi penekanan kepada identiti atau amalan ekstremisme agama.

Mereka juga, kata beliau, mesti menghalang berlakunya ketidakadilan sehingga boleh mencetuskan keraguan dan kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana individu.

“Ketika melangkah ke hadapan, adalah menjadi harapan saya agar negara kita akan menjadi sebuah negara yang membangun dengan pesat.

“Sama pentingnya, Malaysia mesti memiliki warga yang bukan sahaja kaya dengan pengetahuan dan berdaya saing tinggi, tetapi berkeperibadian luhur dan bernilai mulia,” katanya ketika merasmikan Ekspo Merdeka: Memaparkan Kejayaan 50 Tahun Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya rakyat Malaysia sekarang dan pada masa akan datang akan memastikan negara kekal aman dan stabil serta saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.

Sehubungan itu, beliau mahu mereka terus berpegang kepada konsep keadilan dan kesaksamaan serta seterusnya meningkatkan usaha menghapuskan kemiskinan agar kemakmuran negara dapat dinikmati bersama.

“Marilah kita terus bersama-sama membina Malaysia dengan berpandukan kepada semangat dan prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara dan Perlembagaan,” katanya.

Menurut Abdullah, amat wajar dalam negara menyambut kemerdekaan ke-50, semua pihak memberikan perakuan bahawa mereka tidak akan mempersia-siakan segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pejuang kemerdekaan.

Justeru, beliau mengajak semua pihak berusaha menjanjikan masa depan yang cerah kepada generasi akan datang.

Menyentuh tentang ekspo tersebut, beliau berkata, ia diadakan tepat pada waktunya kerana memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenang kembali sejarah negara.

“Dalam kita merenung bahan-bahan serta gambar-gambar silam yang dipaparkan, kita juga mesti mengambil iktibar daripada pengorbanan dan pahit maung yang telah dilalui oleh nenek moyang kita sebelum ini… janganlah disia-siakan.

“Dalam kita asyik menikmati kejayaan negara, ada kalanya kita leka dan terlupa tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa dulu,” katanya.

Perdana Menteri mengambil contoh bagaimana rakyat suatu masa dahulu terpaksa berkaki ayam ke sekolah, belajar di kelas beratap rumbia dan bercahayakan lilin ketika mengulang kaji pelajaran di rumah.

Sebaliknya, kata beliau, anak-anak Malaysia masa kini ramai yang tidak boleh hidup tanpa komputer, Internet, televisyen, telefon bimbit dan pelbagai lagi peralatan canggih yang tidak murah harganya.

“Oleh itu, marilah kita memanjangkan kesyukuran ke hadrat Allah atas segala rahmat yang telah dikurniakan,” katanya.

Abdullah berkata, apa yang berlaku pada masa dahulu adalah sebahagian daripada sejarah unik negara ini yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali seperti hari ini.

Katanya, mungkin sukar dipercayai bahawa satu masa dahulu rakyat Malaysia hidup di bawah telunjuk penjajah.

“Ketika negara mencapai kemerdekaan, penduduk Malaya kurang lima juta orang. Peruntukan kerajaan di bawah Rancangan Malaya Pertama 1956-1960 hanyalah RM110 juta, berbanding RM220 bilion masa kini.

“Yang pasti, daripada sebuah negara baru, mentah dan tidak berpengalaman, Malaysia kini mampu bersaing dengan gergasi dunia. Alhamdulillah, segala titik peluh dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita kini membuahkan hasil,” katanya.

bismillah…..

August 18th, 2007 by arjoe22

Assalamualaikum………….. tahu tak!!
bahawa matahari kita sekarang dah
menghadap ke barat disebabkan
tsunami,matahari dah terbit dari barat
di planet marikh dan bulan 10/2007 akan
berlaku 2 gerhana (bulan dan matahari) 1
petanda kiamat tiba,jika berlaku zaman
ini maka kita adalah umat yang paling
dimurkai Allah s.w.t,sejauh mana
kebenarannya hanya Allah s.w.t yang
tahu..tapi sebagai orang islam..
beringatlah… sebarkanlah biar orang
lain juga beringat.. katakan ini dengan
jelas , " Ya Allah saya mencintai-MU dan
memerlukan-MU, datang dan terangilah
hati kami sekarang….!!!"

8 perkara

June 16th, 2007 by arjoe22

Lapan perkara patut dielak ahli politik

JOHOR BAHARU 16 Jun – Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menggariskan lapan perkara yang perlu dihindari oleh ahli politik bagi memastikan diri mereka benar-benar berintegriti.

Lapan perkara itu ialah tamak kuasa, dendam, kebencian, hasad dengki, ketaksuban kepada seseorang, oportunis, mementingkan diri dan politik wang.

Beliau berkata lapan perkara itu telah membuatkan ramai ahli politik hilang pertimbangan sehinggakan perjuangan mereka bercampur aduk dengan sikap mementingkan diri sendiri, pangkat serta kuasa sehingga menjejaskan parti dan negara.

“Setiap ahli politik perlu melihat ke dalam diri sendiri untuk melalui proses memperteguh nilai dan etika. Pembaharuan ini lah yang perlu diwujudkan supaya suasana politik kita lebih beradab,” katanya semasa merasmikan Forum Pemantapan Integriti Politik peringkat negeri di sini hari ini.

Katanya ahli politik perlu sedar bahawa gerak geri mereka sentiasa diperhatikan dan rakyat juga semakin bijak mengamati serta menilai secara kritikal setiap perlakuan mereka.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr. Mohd Tap Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan.

June 16th, 2007 by arjoe22

Lapan perkara patut dielak ahli politik

JOHOR BAHARU 16 Jun – Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menggariskan lapan perkara yang perlu dihindari oleh ahli politik bagi memastikan diri mereka benar-benar berintegriti.

Lapan perkara itu ialah tamak kuasa, dendam, kebencian, hasad dengki, ketaksuban kepada seseorang, oportunis, mementingkan diri dan politik wang.

Beliau berkata lapan perkara itu telah membuatkan ramai ahli politik hilang pertimbangan sehinggakan perjuangan mereka bercampur aduk dengan sikap mementingkan diri sendiri, pangkat serta kuasa sehingga menjejaskan parti dan negara.

“Setiap ahli politik perlu melihat ke dalam diri sendiri untuk melalui proses memperteguh nilai dan etika. Pembaharuan ini lah yang perlu diwujudkan supaya suasana politik kita lebih beradab,” katanya semasa merasmikan Forum Pemantapan Integriti Politik peringkat negeri di sini hari ini.

Katanya ahli politik perlu sedar bahawa gerak geri mereka sentiasa diperhatikan dan rakyat juga semakin bijak mengamati serta menilai secara kritikal setiap perlakuan mereka.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr. Mohd Tap Salleh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan.

sape yg nak jadi ayah dan mak tu…baca nih…hikhik

May 20th, 2007 by arjoe22

KEPALA BATAS 20 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menurunkan petua tersendiri kepada golongan ibu bapa dalam mendidik anak- anak yang masih kecil supaya tidak terlalu menyekat anak-anak dengan pelbagai pantang larang yang dikhuatiri merencatkan proses pembesaran semula jadi kanak-kanak.

Sambil menyuarakan kebimbangan mengenai sikap sesetengah ibu bapa itu, Perdana Menteri berkata, anak-anak tidak perlu dihalang melakukan perkara yang mereka gemari seperti bermain di tempat yang mereka suka memandangkan ia adalah sebahagian daripada proses untuk mereka belajar mengenai kehidupan.

Oleh itu, katanya, kerajaan menyokong program Setiap Anak Permata Negara (Per- mata) yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pendidikan serta pembinaan sahsiah, kesuburan akal dan fikiran serta naluri kanak-kanak.

Beliau mahu program itu diperjelaskan kepada ibu bapa supaya matlamat pendidikan Permata dapat dicapai.

‘‘Dalam program ini, kaedah pendidikannya baik dalam semua aspek tetapi bila anak-anak pulang ke rumah, ibu bapa menghalang perkembangan minda mereka dengan pelbagai pantang larang. Ini bercanggah dengan sifat kanak-kanak yang ingin tahu dan mencuba,” kata Abdullah ketika melancarkan Permata Kepala Batas di Kubang Menerong di sini.

Katanya: “Jangan jerkah atau tengking anak-anak apabila mereka bertanya atau melakukan kesalahan. Ikutlah cara yang disarankan Islam iaitu dengan menggunakan cara berhemah dan penuh kasih sayang apabila menegur anak-anak.

‘‘Ibu bapa janganlah banyak sangat pantang larang, kata itu tidak boleh, ini tidak boleh. Biasalah anak-anak mempunyai perasaan ingin ambil tahu dan kita janganlah jadi penghalang.”

Perdana Menteri berkata, walaupun anak- anak mempelajari banyak program pendidikan di pusat asuhan atau di sekolah, te- tapi cara mereka berfikir banyak dipengaruhi oleh suasana dan persekitaran bersama keluarga dan rakan-rakan.

Beliau turut mengimbau kenangan anaknya, Datuk Kamaluddin sewaktu masih kecil dan berlari menangkap belalang di sawah ketika dibawa oleh bekas Setiausaha Politiknya, Allahyarham Datuk Abdul Fatah Abdullah sehingga ditegur isterinya, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.

‘‘Allahyarham Fatah jawab, macam inilah saya membesar dengan Lah (Abdullah), macam inilah kehidupan kami sewaktu saya membesar.

‘‘Beginilah cara hidup orang kampung, tempat yang mengajar orang miskin untuk hidup, menghadapi segala kesukaran. Bagi budak-budak, mereka tidak memahaminya sekarang tetapi akan memahaminya suatu hari nanti.

‘‘Jadi peranan ibu bapa amat penting. Ayah yang tegur anak pun mesti melakukan dengan cara hormat, penuh kasih sa- yang, bukan dengan menengking atau menjerkah,” jelasnya.

Abdullah juga berkata, kanak-kanak di luar bandar perlu diberi peluang mendapat pendidikan awal yang berkualiti bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja bijak dalam bidang akademik, malah mempunyai sahsiah yang tinggi.

Bagi Perdana Menteri, segala peluang pendidikan yang terdapat di bandar perlu dibawa ke kawasan luar bandar bagi memastikan kanak-kanak di kawasan desa tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

‘‘Otak kanak-kanak di luar bandar bukannya kurang baik, cuma mereka perlu diberi peluang mendapat pendidikan yang baik.

‘‘Saya percaya jika anak-anak (di desa) diberikan pendidikan yang baik, insya-Allah mereka akan menjadi anak muda yang baik dan menjadi sebahagian daripada tenaga bangsa dan modal insan negara,” katanya.

Menurutnya, walaupun mempunyai program pendidikan kanak-kanak yang dirangka dengan baik, Permata tidak akan berjaya tanpa sokongan ibu bapa yang merupakan guru pertama kepada kanak- kanak.

Abdullah berkata, sikap, perbuatan dan tutur kata ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak.

UMNO PUSAKA BANGSA….61 years UMNO

May 12th, 2007 by arjoe22

KUALA LUMPUR 11 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu orang Melayu sentiasa berjuang mempertahankan UMNO bagi memastikan parti itu terus memimpin kerajaan ‘100 tahun lagi’. Dalam amanatnya sempena ulang tahun ke-61 UMNO hari ini, Presiden UMNO itu turut menggariskan ciri-ciri yang harus ada dalam UMNO untuk menentukan parti itu terus utuh dan unggul memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), antaranya ahli-ahli parti yang kini telah menjadi Melayu moden dan glokal perlu bersikap ikhlas dalam perjuangan. Beliau meminta ahli-ahli UMNO bergerak aktif dalam politik dengan komitmen bahawa perjuangan itu satu ibadat. ‘‘Saya harap pada masa 100 tahun kita merdeka, UMNO masih ada, masih kuat, masih memimpin dan masih ada dalam kerajaan bersama-sama parti komponen BN yang lain kerana agenda membangunkan bangsa dan negara belum selesai,’’ kata Perdana Menteri ketika berucap selama sejam pada majlis khas yang dihadiri kira-kira 5,000 ahli parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Turut hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, naib-naib presiden, ahli Majlis Tertinggi parti, tokoh-tokoh veteran dan para pemimpin parti komponen BN. Majlis itu yang diraikan secara sederhana memberi penekanan khusus kepada aspek pengorbanan dan mengimbau semula detik-detik bersejarah kelahiran UMNO yang ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru oleh Datuk Onn Jaafar pada 11 Mei 1946. Dalam ucapannya, Abdullah menegaskan, generasi yang memimpin UMNO sekarang perlu memelihara kekuatan sedia ada bagi menentukan pewaris akan datang dapat meneruskan perjuangan parti itu membela nasib bangsa, agama dan negara. ‘‘UMNO adalah pusaka bangsa yang tidak boleh diabaikan. Adalah menjadi kewajipan kita menentukan generasi yang mengambil alih UMNO hendaklah mewarisi UMNO yang kuat, teguh dan berjaya. ‘‘Ia merupakan sebuah parti keramat yang diwarisi daripada perjuangan bangsa Melayu ketika menuntut kemerdekaan negara. Kita harap UMNO tidak terkorban pada mana-mana masa di bawah kepimpinan generasi mana juga,” tegasnya. Menurut Abdullah, dengan mengamalkan semua ciri yang digariskan itu UMNO akan terus wujud dan menjadi landasan perjuangan orang Melayu. ‘‘Alhamdulillah parti kita masih ada dan UMNO tetap menjadi landasan perjuangan kita. Insya-Allah selama-lamanya, selagi ada bulan dan bintang, selagi ada negara kita ini di mana buminya kita pijak di mana langitnya kita junjung dan selagi ada bangsa Melayu,” ujar beliau. Perdana Menteri tidak mahu ahli-ahli parti itu menjadikan amalan ‘meminta elaun’ sebagai budaya setiap kali dikehendaki melaksanakan sesuatu tugas. Sambil menceritakan bagaimana UMNO diasaskan oleh para pemimpin yang telah melakukan begitu banyak pengorbanan, beliau berharap dalam tempoh 50 tahun akan datang, ahli-ahli parti itu masih berpegang pada sikap sanggup berkorban apa saja. ‘‘Ada ahli yang datang dari negeri yang jauh hendak menghadiri kursus, itu kita menyedarinya. Mereka perlu dibantu, tapi (orang) yang kerjanya selalu minta itu dan ini, tak bolehlah. “Buat sesuatu sikit, minta duit, sampai nak bantu naikkan poster pun mesti bagi duit, mana boleh macam itu,” katanya. Abdullah turut menekankan agar perpaduan di kalangan ahli-ahli parti diperkukuhkan manakala semangat persaudaraan dan kekeluargaan harus diwujudkan seperti yang ditunjukkan oleh ahli-ahli veteran UMNO. ‘‘Sekarang mana pernah (kita) dengar (ungkapan) keluarga UMNO, mana ada semangat kekeluargaan parti. Tak pernah, saya tak pernah dengar lagi,” katanya. Beliau menggesa ahli-ahli UMNO mengembalikan semangat lama itu yang telah menjadikan UMNO sebuah parti politik yang hebat. Abdullah juga melahirkan kegembiraan kerana kesepakatan antara parti-parti komponen BN yang ditunjangi UMNO kini semakin kuat sejak penubuhan Perikatan oleh para pemimpin terdahulu. ‘‘Kita amat hargai kesepakatan yang terjalin sejak zaman Perikatan sehingga ke BN sekarang sungguhpun banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam mempertahankan kesepakatan itu,” ujarnya.

Before marriage. .

May 11th, 2007 by arjoe22

Before marriage. .
Darling here.. darling there…
After marriage.
Baling here… baling there..

Before marriage. .
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married. .
You die I help you!

Before marriage. .
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. . .
You go anywhere. . up to you.
Lagi lama married. . .
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like
Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like
it or
not,
I’m
stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get
on
my
head, I
will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to
Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don’t know whether katak or biawak